Wednesday 18 April 2012

Endurance Ride I

Dah lama ingin membuat kayuhan jarak jauh melalui jalan raya bagi menguji tahap kemampuan diri. Tanggal 5 April 2012 dengan rasa penuh bersemangat memperkuatkan hati dan tenaga membuat kayuhan solo ke Port Dickson. Biasanya orang berkayuh melalui jalan raya dengan roadbike tetapi kalinya saya dengan mengunakan mountain bike.

Dalam sejuk pagi bermula jam 7.00 pagi saya memulakan kayuhan dari rumah Bandar Bukit Mahkota, Bangi. melalui Nilai 3, Pekan Nilai, Labu, Gadong, Sendayan, Lukut dan tiba di Port Dickson jam 9.45 pagi.  Keadaan jalan yang dilalui berbukit-bukit tetapi tidaklah terlalu tinggi.

Laluan ke Port Dickson
Pekan Port Dickson
Selepas menghilangkan rasa penat dan menikmati kenyamanan udara pantai mula berfikir untuk berkayuh balik. Tiba-tiba tak disangka  tayar bocor. Dengan persediaan yang dibawa menukar tiub yang bocor tetapi malangnya  tiub yang dibawa itu pun bocor juga. Fuhh bagaimana ya.... Ketika itu berada di Telok Kemang. Cuba bertanya dengan orang yang berada disitu dimana ada kedai basikal, katanya kedai basikal berada di pekan Port Dickson Jalan lama. Tu dia jauh ni..kalau menolak basikal. Sedang menolak basikal dan cuba mencari teksi tetiba disapa oleh 2 orang brother. Mereka sanggup membantu menghantar dengan kenderaannya ke kedai basikal. Alhamdullilah kerana ada yang sudi membantu. Terima kasih ducapkan kepada  brothers tersebut.


di Pantai Port Dickson


Bergambar ambil sendiri

Kedai Basikal di Pekan Port Dickson
Melihat jam sudah pukul 2.00 petang memulakan kayuhan untuk balik. Kali ini memilih melalui Bukit Pelandok, Sepang, Salak, Nilai dan terus ke rumah. Cuaca terlalu panas dengan langit yang tak berawan membuatkan berhenti setiap kali jumpa warung menjual air. Kali ini laluan terasa  penat kerana mendaki bukit  yang agak tinggi dengan cuaca yang panas. Inilah yang dinamakan cabaran, bukan saja tenaga tetapi mental juga perlu  berkerjasama. Akhirnya tiba di rumah jam 5.00 petang. Jarak perjalanan mengikut meter yang dipasang ialah 126km. Berjaya tanpa sebarang masalah besar diperjalanan.

Saja  nak test tahap diri sendiri dengan peningkatan umur sebagai seorang senior veteran.

Sunday 12 February 2012

Saya Dan Basikal

Ketika ini berbasikal menjadi suatu aktiviti yang begitu popular dan digemari ramai dikalangan rakyat Malaysia. Dimana-mana sahaja kita pergi kita akan menemui ramai orang melakukan aktiviti berbasikal. Dari kalangan kanak-kanak, orang muda hinggalah keorang dewasa.berbagai bangsa. Bermula dengan roadbike, mountain bike dan kini fixie. Kalau kita lihat di internet banyak orang mengiklan aktiviti berbasikal dengan mengajurkan perjumpaan pengayuh-pengayuh basikal beramai-ramai, ada yg berbayar dan ada yang percuma.

Menyusur kembali kezaman persekolahan saya. Setiap hari saya berbasikal ke sekolah sejauh 20km pergi dan balik. Begitu juga kemana saja bergerak ketika itu akan menggunakan basikal. Pernah mengadakan aktiviti berbasikal dari Taiping ke Pulau Pangkor. Dulu basikal yang megunakan satu gear dipanggil freewheel mati kini dipanggil fixie.

Dizaman saya mula berkerja degan Jabatan Kerajaan disekitar tahun 1970an saya masih ingat lagi, pihak pejabat ada memberi pijaman kenderaan untuk membeli basikal sebanyak RM180.00. Dan saya pernah mengambil pinjaman tersebut. Tak tahulah sekarang ini masih adakah lagi pinjam tersebut. Dengan RM180.00 sekarang basikal apakah yang akan kita dapat beli ? Kalau dulu boleh membeli sebuah basikal berjenama Le Run.

Disekitar tahun 1980an saya bergiat degan aktiviti outdoor recreation. Salah satu aktivitinya ialah berbasikal.  Saya membeli sebuah basikal jenama Peugeot berharga RM700.00. Ketika itu sebuah basikal berharga sedemikian sudah cukup mahal rasanya. Kini sebuah basikal boleh mencecah puluhan ribu Ringgit. Saya pernah berbasikal degan kawan-kawan ketika itu dari Kampung Datuk Keramat ke Sg Chongkak Hulu Langat, Air Terjun Sungai Sendat Hulu Yam dan juga pernah merentas offroad dari Kampung Kemensah ke Sungai Chongkak. Pada tahun 1994 saya menyertai aktiviti berbasikal offroad dari Gua Musang ke Air Terjun Jelawang di Kelantan. Jalan yang saya lalui dulunya trek balak, kini sudah menjadi jalan raya penghubung Gua Musang ke Dabong.

Tahun 1994 

Group MTB 1994 Gua Musang ke Air Terjun Jelawang
Dari kiri: Adriana Aris, Mahmud, Nazlan, Amin, Pak Din. Nizam,  Suaidah, Che Wan dan Ahmad Fadzil

Di hadapan Gua Ikan

Jambatan Gantung di Air Terjun Jelawang

Kini bebasikal terus menjadi aktiviti untuk saya berekreasi. Bagi saya, saya gemar berbasikal melalui jalan-jalan kampung dan melalui jalan-jalan offroad. Berasa bersyukur kerana tempat tinggal saya sekarang ini dekat dengan kemudahan untuk berbasikal.

Dengan aktiviti berbasikal ini, saya dapat mensetabilkan kesihatan saya. Disamping itu dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan. Saya berharap aktiviti berbasikal ini akan terus maju dan tidak terhenti diseparuh jalan. Kepada kawan-kawan yang sama minat jangan cepat putus asa seperti kata ramai kawan-kawan "kalau tak boleh kayuh, tolak".

Di jamboree Kuala Pilah
Old timer
At Training Ground