Wednesday 18 April 2012

Endurance Ride I

Dah lama ingin membuat kayuhan jarak jauh melalui jalan raya bagi menguji tahap kemampuan diri. Tanggal 5 April 2012 dengan rasa penuh bersemangat memperkuatkan hati dan tenaga membuat kayuhan solo ke Port Dickson. Biasanya orang berkayuh melalui jalan raya dengan roadbike tetapi kalinya saya dengan mengunakan mountain bike.

Dalam sejuk pagi bermula jam 7.00 pagi saya memulakan kayuhan dari rumah Bandar Bukit Mahkota, Bangi. melalui Nilai 3, Pekan Nilai, Labu, Gadong, Sendayan, Lukut dan tiba di Port Dickson jam 9.45 pagi.  Keadaan jalan yang dilalui berbukit-bukit tetapi tidaklah terlalu tinggi.

Laluan ke Port Dickson
Pekan Port Dickson
Selepas menghilangkan rasa penat dan menikmati kenyamanan udara pantai mula berfikir untuk berkayuh balik. Tiba-tiba tak disangka  tayar bocor. Dengan persediaan yang dibawa menukar tiub yang bocor tetapi malangnya  tiub yang dibawa itu pun bocor juga. Fuhh bagaimana ya.... Ketika itu berada di Telok Kemang. Cuba bertanya dengan orang yang berada disitu dimana ada kedai basikal, katanya kedai basikal berada di pekan Port Dickson Jalan lama. Tu dia jauh ni..kalau menolak basikal. Sedang menolak basikal dan cuba mencari teksi tetiba disapa oleh 2 orang brother. Mereka sanggup membantu menghantar dengan kenderaannya ke kedai basikal. Alhamdullilah kerana ada yang sudi membantu. Terima kasih ducapkan kepada  brothers tersebut.


di Pantai Port Dickson


Bergambar ambil sendiri

Kedai Basikal di Pekan Port Dickson
Melihat jam sudah pukul 2.00 petang memulakan kayuhan untuk balik. Kali ini memilih melalui Bukit Pelandok, Sepang, Salak, Nilai dan terus ke rumah. Cuaca terlalu panas dengan langit yang tak berawan membuatkan berhenti setiap kali jumpa warung menjual air. Kali ini laluan terasa  penat kerana mendaki bukit  yang agak tinggi dengan cuaca yang panas. Inilah yang dinamakan cabaran, bukan saja tenaga tetapi mental juga perlu  berkerjasama. Akhirnya tiba di rumah jam 5.00 petang. Jarak perjalanan mengikut meter yang dipasang ialah 126km. Berjaya tanpa sebarang masalah besar diperjalanan.

Saja  nak test tahap diri sendiri dengan peningkatan umur sebagai seorang senior veteran.

3 comments:

  1. Respect la pak din. Mmg saya salute dua tgn.

    ReplyDelete
  2. Syabas & Semoga berjaya Pak Din..
    http://khairi000007.blogspot.com

    ReplyDelete